Tuesday, 13 May 2025

Bahasa Sepi

 Aku lihat mereka senang bergelak tawa, 
Sesekali aku turut sama,
Hakikatnya aku tidak mendengar.

Ada kala mereka bercerita, 
Aku pun sama, 
Hakikatnya aku tidak mampu berkata. 

Sekelilingku hingar bingar, lalu aku sepikan,
Kosong, biarlh bahasa sepi ini hati yang fahami.


Friday, 4 March 2022

Warkah pada langit~🤍

Jika ditanya kenapa membisu?
Cukup kamu tahu aku selesa dalam posisi 'selamat'.

Jika ditanya kenapa menyepi,
Cukup kamu tahu aku sudah lepas fasa menanti.

Aku si pengecut yang takut pada tali, 
Tali yang mungkin menjerut hati, 
Atau pun tali yang tergantung sepi
Aku tidak pasti. 

Aku malas berteka teki,
Apatah lagi bersangka-sangka. 
Segalanya aku serah pada Ilahi,
Atur Langkahku, biarlah berpaksi takdir-Nya. 
Aku selesa, dengan apa adanya.

Tuesday, 17 August 2021

KEHILANGAN

"Pada dasarnya, tidak ada satu pun di dunia ini milik kita. Semua milik Allah. Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita akan kembali pulang."

Tangisan,
Bukan tanda tidak redha, 
Bukan juga tanda kami ini tidak terima,
Allahu Rabbi, Sungguh sedar akan kami, dia cuma pinjama semata. 

Aku, seorang wanita kerdil yg kehilangan seorang ayah saudara,
Sebak, sedih jatuh air mata..
Namun Apalah sedih aku jika di bandingkan seorang isteri yang kehilangan suaminya, 
Juga seorang kakak yang kehilangan adiknya..

Aku berdiri diantara mereka,
Ibuku yang menangis kehilangan satu2nya adik, dan si isteri arwah yang memanggil sesiapa meminta pertolongan untuk menarik beban di dada. 
Aku jadi rawan, 
Kering air mata, hanya sebak yg aku simpan lama.. 
Aku tidak boleh lemah.. Aku mesti kuat dari mereka.
Cuma bisikan kata semangat, pelukan erat aku hulur, sedang dada sebak, berat hanya Allah yang tahu. 

"Pakcik baik, sebab tu Allah ambil, tiada apapun milik kita, semua hak Allah."  
Aku bisik untuk meyakinkan mereka sekaligus ingatan untuk aku sendiri.

Allahu Rabbi,
Sungguh kami sedar, semua hak Engkau.
Terima kasih ya Rabb kerana pinjamkn org yg baik untuk kami,
Terima kasih memudahkn urusan kami,
Terima kasih dengar doa2 kami. 
Kurniakanlah arwah pakcik kami syurga-Mu tanpa hisab ya Rabb.
Kurniakan juga kami semua pengakhiran yg baik2 ya Rabb.

Allahumma Aamiin.

Monday, 2 August 2021

Sisi

Setiap orang,
Pasti ada 2 sisi. 
Satu cerah warna-warni,
Satu pula yang kau cuba Sembunyi. 

Ada orang, gemar memandang yg cerah berwarna sahaja, 
Sampaikan lupa, tiada manusia yg sempurna. 
Ada pula yang suka mencari sisi yang gelap gelita, 
Bukan untuk apa, tapi untuk di caci sebagai pemuas hati. 

Sentiasalah letak dalam hati,
Sebaik-baik org pasti ada jahatnya, 
Sejahat-jahat orang pasti juga ada sisi baiknya.
Tidak sempurna itu hakikat seorang manusia. 

Usahlah tidakkan. 
Jangan butakan mata dengan hanya dengan kebaikan, 
Jangan pula menghina pada dasar buruknya saja, 
Bukan apa, kita ni sama. 
Manusia. 

Jalannya, cuma perlu saling menghulur tangan, 
Kau lemah, aku sedia jadi tempat berpaut, 
Aku lemah, tariklah aku rapat, kuat2. 







Tuesday, 13 July 2021

Bernyawa tapi tidak bernyawa

Ada masa  dunia ni terlalu sepi walau ada seribu satu suara,
Mungkin,
Ada yang aku rindu, tapi bukan mereka yang bernama manusia..
Mungkin,
Ada yang aku mahu, tapi bukan dari makhluk yang lemah.

Mungkin sudah fitrah hati ini,
Merindukan Tuhannya.
Untuk membayangkan berjalan di muka bumi tanpa redhaNya, Aku sendiri tidak rela..
Apalah makna bernadi, 
Tapi tidak bernada.
Umpama bernyawa tapi
'tidak bernyawa'. 

Saturday, 20 February 2021

Sabr~🌼

"Sabar itu satu cara untuk ajar kita Taat pada Allah." - Cik_Kucing

Sabar itu dasarnya tidak berbatas, 
Cuma manusia seperti kita yg mengaris aras. 

Sabar itu payah, hati kena gagah, 
Kalau sabar mudah teruji, hati pula jadi gelang ganti.

Disini, 
Aku belajar untuk sabar, 
Bimbang hati terdidik menjadi tegar,
Tidaklah sesempurna sabar KekasihMu ya Qahhar,
Tetap aku cuba untuk bersandar, 
Semata untuk belajar taat padamu ya Jabbar. 

 "Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah ayat 155) 

Monday, 8 February 2021

Kotak

Perjalanan yg sangat jauh,
Letih dan lelah pasti terasa, 
Tapi aku punya satu ruang rehat, 
'Kotak' yang buat aku rasa selamat. 

Biarpun kecil aku tetap selesa, 
Ataupun sunyi aku tetap suka, 
'Kotak' yg aku cipta, 
Tidak seperti biasanya, 
Kukuh dan konkrit, 
Hanya untuk lindungi aku dari terluka. 

Untuk saat ini,
'Kotak' ini paling selamat buat aku. 
Pintu yg sentiasa terbuka untuk peluk aku, selesa. 
Malah sering dekatkan aku dengan Maha Esa.