"Pada dasarnya, tidak ada satu pun di dunia ini milik kita. Semua milik Allah. Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita akan kembali pulang."
Tangisan,
Bukan tanda tidak redha,
Bukan juga tanda kami ini tidak terima,
Allahu Rabbi, Sungguh sedar akan kami, dia cuma pinjama semata.
Aku, seorang wanita kerdil yg kehilangan seorang ayah saudara,
Sebak, sedih jatuh air mata..
Namun Apalah sedih aku jika di bandingkan seorang isteri yang kehilangan suaminya,
Juga seorang kakak yang kehilangan adiknya..
Aku berdiri diantara mereka,
Ibuku yang menangis kehilangan satu2nya adik, dan si isteri arwah yang memanggil sesiapa meminta pertolongan untuk menarik beban di dada.
Aku jadi rawan,
Kering air mata, hanya sebak yg aku simpan lama..
Aku tidak boleh lemah.. Aku mesti kuat dari mereka.
Cuma bisikan kata semangat, pelukan erat aku hulur, sedang dada sebak, berat hanya Allah yang tahu.
"Pakcik baik, sebab tu Allah ambil, tiada apapun milik kita, semua hak Allah."
Aku bisik untuk meyakinkan mereka sekaligus ingatan untuk aku sendiri.
Allahu Rabbi,
Sungguh kami sedar, semua hak Engkau.
Terima kasih ya Rabb kerana pinjamkn org yg baik untuk kami,
Terima kasih memudahkn urusan kami,
Terima kasih dengar doa2 kami.
Kurniakanlah arwah pakcik kami syurga-Mu tanpa hisab ya Rabb.
Kurniakan juga kami semua pengakhiran yg baik2 ya Rabb.
Allahumma Aamiin.