Tuesday, 17 November 2020

Kau pinjaman untuk aku.

"Sayang jangan lebih."
Buat DD Ongkocho Oncheeto, kucing istimewa di hati aku. 

Sayang,  
Sayup-sayup tangis mu bergema, malam hingga ke subuh,
Aku gusar tidak menentu, 
Kami ambil engkau, 
Saat kecil mu sebesar telapak tangan,
Tanpa ibu, sendiri.

Sayang, 
Kau tidak sempurna, 
Tidak seperti kucing lain, 
matamu, tingkahmu, aku mula sedar, 
Kau kucing yang istimewa. 

Sayang, 
5 tahun. 5 tahun kita bersama,
Dari sekecil telapak tangan, hingga kini. Aku nampak segalanya. 
Aku mandikan, aku beri makan, aku sayang.. Dari kecil. Sampai kini kau tidak mampu lagi bertahan.. Mungkin sudah tiba masanya. Kita berpisah. 

Sayang, 
Mungkin takat ini Allah pinjamkan engkau pada aku. Allah!
Dari kecil kau gemar lelap di dada, saat akhirmu juga dalam pelukan ini. Aku rasa setiap gerakmu, saat nafas yang terakhir kau hembus. Allah! 

Ya Rabbi 
Bukan aku tidak redha, kerana aku manusia biasa, sebak pasti diiring air mata, belajar ingatkan diri, semuanya sementara. 

Sayang, 
Maafkan aku tidak dapat memberi sehebat orang lain, maafkan aku bila jari ini pernah menyakitkan mu, maafkan aku pernah berleter marahkanmu, maafkan aku.

Kocho, 
Sungguh, aku sentiasa takut bila membayangkan satu saat pasti kita berpisah. Hari ini, saat itu tiba. 
Bila aku sayang, aku tetap sayang. 
Moga Allah redha selama kocho dengan aku, Moga Allah redha. 

17/11/20




Sunday, 8 November 2020

Bagi aku...

"Tiada istilah Couple dalam Islam." 

Kerana kita tidak kuat, jangan dedahkan diri pada yang melemahkan kita. 

Kerana tegakkan sesuatu yang aku percaya, aku di pandang sinis, aku di sindir pedas. Aku tidak kisah, kamu mungkin belum faham.

Bagi aku cinta bukn untuk nafsu, perihal hati bukan bahan experimen, jika serasi teruskan, jika  tidak lepaskan. 

Aku baru bertatih belajar agama, berbeza dengan kamu sudah terlalu lama. Kalian kuat, aku tidak.

Hati ini maha berbolak balik, mustahil aku mampu bertahan dengan iman yang tipis dan sedikit. Apatah lagi hendak bertahan memenjara nafsu, bukan satu tugas yang mudah.

Manusia dicipta dengan nafsu, boleh jadi kita terjerumus dalam maksiat hati dengan memikirkan mereka yang tidak halal , boleh jadi kita tunduk pada maksiat lidah, dengan panggilan2 mesra yang tidak sewajarnya buat mereka yang tidak halal bagi kita, boleh jadi kita akur pada nafsu hingga sedar tidak sedar nafsu memandu rasa yang kita panggil 'cinta' kepada maksiat.

Aku masih bertatih untuk menjaga,  bukan kerana aku tahu agama, tapi kerana kita tidak tahu dan tidak kuatlah, kita elakkan. Doakan yang baik2 agar hati2 yang sedang berusaha untuk berubah terus kuat. 

Friday, 6 November 2020

Pengakhiran

Apa keutamaan kita dalam hidup? Apa sebenarnya yang kita tunggu untuk sampai ke pengakhiran?

Belajar, lpas menengah, sambung U, lps sambung U, cari kerja, lps kerja,cari harta, lps tu nikah, lps nikah, anak, lps anak dpt anak The End. Perfect sudah hidup. 

Betulkah? Typikal. 

Setiap saat, adalah masa akhir kita. Kalau masih bernafas esok Alhamdulillah, masih kita berdiri di akhir masa kita... Janganlh letak aras dlm hidup ni seoalah-olah kita akan hidup selamanya.. Nanti kita jadi tamak. Hendakkan itu, hendakkan ini, sedangkan hati sedar tidak sedar makin tamak hendakkan waktu demi memenuhi jalan 'Hidup Perfect'.

Masa ni bukan milik kita, apatah lagi nyawa.. Pinjaman semata.. 

Sebut tentang Umur & Nikah?
"Umur suda bgini bgitu tapi masih tidak kawin2."
Allahu Rabbi, 
Aku just mahu sampaikan, 
Hidup ni bukan tentang pernikaham semata. Pernikahan bukan matlamat  yang wajib kau laksanakan selari umur.. Salah. Banyak benda lebih penting untuk kita jadikan keutamaan, sebab waktu yang berbaki untuk kita, kita tidak tahu sampai bila.

Berdiri di alam realiti tidakkan seindah bayangan happily ever after yang mcm kita sangkakan. 

Qada dn Qadar Allah SWT tu benar dan milikNya. Kalau sesaat inilah masa yang tinggal untuk kita, apa yang kita mampu bawa pada DIA?
Bagaimana pula pengakhiran bagi kita? 

Sunday, 1 November 2020

Medsoc

Dear blog, 
Emm... Hari ke 2 x buka FB. 
Cabar diri supaya x rajin stalk org.. Ehh bukn stalk, supaya x rajin buka FB.. 🤭

Sejak bulan lalu ni kan, aku makin kerap pegang hp utk buka FB..🤣.. Adakah ini tnda2 ketagihan medsoc.. 😅

Xda masalh Sebenarnya utk aktif d medsoc, apatah lagi kalau jenis yg rajin up benda2 baik.. Sila2.. Teruskan usaha anda buat kebaikan.. Dunia ni mmg tempat kita bercucuk tanam.. Hasil InshaAllah tuai d hari kemudian. 

Tapi kalau rasanya bnyak masa habis d medsoc FB, YT, Whtsap, dll daaaaan lebih bnyak utk perkara2 lalai, contoh komen status org dgn kata2 yg x baik, mengeji perbuatan org lain, maki hamun org, emm kita usaha utk kurang2kan tp klw mmg jelas x baik, berenti ja trus..emm mcm aku, klw buka fb, up benda baik tu sikit, baca2 benda baik tu siiikit ja.. Selebihnya stalk.. Eh selebihnya bnyak buang masa ja.. 😭 Lalai la tu..

WhatsApp? Emm susah.. Sebab skrang memgajar pun On9. Jadi mesti lh juga guna WhatsApp.. So the end.. 🧕🏻