Wednesday, 29 April 2020

Larangan: Jangan



Jangan bangga,
Saat ilmu penuh didada,
Labuh tudung menjadi pengukur takwa,
Puji-pujian sentiasa ada,
bimbang hati jadi alpa.

Jangan hina,
Saat si pencuri bersedekah,
Si pelacur memakai purdah,
Pendosa menukar arah,
dari jahiliah ke jannah.

Jangan Lemah,
Teruskan langkah biarlah apa,
Manusia memang mudah lupa,
Jahat dihina baik juga dicerca,
Entah apa pemuas hatinya.

Jangan Leka,
Hanya kerana asalmu solehah,
memandang rendah pada yang berubah,
Letaklah egomu serendah-rendah,
Syaitan punya pelbagai helah.

Jangan Lelah
Hanya kerana asal mu tak berarah,
kau belum kalah,
melangkah biarpun payah ,
Gengam, Allah itu pemilik hidayah.


Sunday, 26 April 2020

JANGAN JATUHKAN AKU

Aku bukan adiwira,
Dipukul tidak terasa,
Tercedera,
Sembuhnya sekelip mata.

Aku manusia biasa,
Bersifat lemah, rapuh hatinya,
Mudah terluka meski cuma kata-kata,
Apatah lagi bila di tolak keras,
Aku pasti terhempas,
Berderai umpama kaca,
Hancur tanpa rupa!

Kita serupa,
Tapi mengapa saling meluka?
Sedangkan ada cara menghapus duka.
Meski sembuhnya mengambil masa,
Di akhir, damai pasti ada.

Jangan jatuhkan aku.
Aku manusia biasa.

Mereka bukan kita


Ada orang hendak berubah, tapi tak kuat. Orang kata dia hipokrit. Orang mengutuk perubahannya kata dia 'buang tabiat'.
Kita hendak berubah pun boleh jadi lemah kalau terus kena bash macam ni. Macamana  nak maju. Baru selangkah sudah ada yang tolak kau jatuh. Baru ada niat untuk keluar dari satu keburukan yang kau cuba ubah, sudah ada yang mengutuk perubahan kau tak sempurna.
Ya-Allah, Aku pelik sebenarnya bila ada orang ada fikiran sangat kotor macam ni. Kawan jahat kau kutuk, kawan berubah pun kau kutuk! Apa kau nak sebenarnya? 
Ada seorang kakak tu pernah kata,
 "Kita jangan hina orang-orang yang seksi, pakai tudung tapi aurat tak sempurna d tutup, dan semua yang tidak baik di mata kita, sebab KITA TIDAK TAHU APA PERJUANGAN DIA UNTUK BERUBAH." 
Yes, aku pernah rasa benda ni. Bila kau belajar di sekolah aliran biasa, then sekolah yang ketika itu kurang penekanan agama, malah masyarakat sekeliling lebih ramai bukan seagama, kemudian tiba-tiba kau berubah pakai tudung labuh.
Masa semangat kau nak berubah kearah lebih baik, masa tu kau akan di uji dengan kehadiran 'MEREKA'.
MEREKA yang mengadili seolah kau sedang buat show. MEREKA yang memberi komen menghina bukan membina. Malah MEREKA memandang serong perubahan kau. Masa tu memang rasa nak berhenti dengan perubahan. Sebab tak ada tempat kau nak berpaut sebagai support untuk perubahan kau.
Ingat berubah tu senang? Ubah sehari memang senang, tapi kalau nak istiqamah, bagaimana? sangat susah!
Tapi aku nak nasihatkan korang yang nak berubah. 
Tanya dalam hati "Mereka itu siapa, dalam diri kau?" 
Ingat. Kau adalah Raja dalam diri kau sendiri, kenapa perlu menerima masuk anasir luar untuk membentuk kerajaan kau sendiri? Kau berubah untuk ke arah kebaikan, lainlah kalau kau berubah kearah sebaliknya.
Kita ni memang tidak sempurna, berubah sebaik mana pun tetap tidak sempurna di mata MEREKA. Jadi untuk apa puaskan hati MEREKA yang tidak ada hati? Selagi niat dan caramu untuk kebaikan, selagi itu teruskan.
Ada masa kita mampu abaikan, ada masa memang kau tidk dapat tepis kesakitan. Sebab kita ada perasaan. yalah, kita kan manusia biasa. Memang Allah cipta kita lemah, tapi kita istimewa.
Namun, jangan juga ego untuk menerima teguran. Apa itu teguran? 
Teguran ni, biar dalam bentuk apa pun. Kasar, Lembut, Berhikmah, Sindiran TAPI,
 UNTUK PENAMBAHBAIKKAN , ambillah. Upgradekan perubahan semampu kita tapi bukan kerana mereka. KERANA KITA MAHU JADI LEBIH BAIK. Kalau kau berubah kerana orang, tidakkan kemana. Sebab Orang sifatnya sementara. Lebih baik berubah kerana Allah. 
Allah sangat sayangkan mereka-mereka yang berusaha untuk meraih CINTANYA. 
Kalau masih ada yang menghina perubahan kau, Ingat!
MEREKA BUKAN KITA!
Mereka tidak tahu perjuangan kita bagaimana.
Qawiy! 
"Siapa yang tidak sabar menghadapi musim luruh, tidak akan mampu tersenyum menikmati musim bunga." - Ustaz Pharol Juoi

Saturday, 25 April 2020

HIPOKRIT YANG INDAH

Di luar sana,
Di dalam dunia yang kau cipta,
Kau, dipandang tinggi!
Hebat sebagai faqeh agama,
Hebat dengan nilai muslimah,
Hebat kerana bicara bermadah.
Namun,
Kau sedar.
Di suatu sudut itu,
Kau bukan sesiapa.
Kau tau nilai mu sebenarnya rendah.
Ilmu yang tidak setinggi yang mereka sangka,
Tidak sealim yang mereka jangka, 
Laku yang tidak seindah bicara, 
Tidak.
Dipandang tinggi hakikatnya rendah. Kau tahu. 
Dunia maya itu,
Dunia yang kau cipta itu, biarkanlah. 
Kerana aku tahu itu, 
Kau cipta kerana itu impian mu, 
Impian menjadi seorang yang baik.
Usah berundur dengan hipokrit yang indah.
Teruskan dengan impian mu,
Teruskan dengan maya yang kau cipta.
Moga dunia yang kau cipta itu menjadi nyata.
Aamiin ya Rabb 

MATA


Mata,
Melihat namun jangan menghakimi.
Ada ketika, pandanganmu pada saat yang tidak sesuai,
Hakikat benar menjadi salah,
Otak tersilap menganalisa,
Hingga hati membuat Fitnah.


Mata,
Menyaksikan namun usah mengadili.
Jika benar pandangan itu, iya benarlah,
Ulas tidak payah.
Bimbang hati tercalit hasad,
Hingga ikhlas sirna dalam bicara.

Mata,
berjagalah jangan palitkan noda pada hati.
Andai sudah pekat gelap warnanya nanti,
Payah mencari jalan hakiki.