Ada orang hendak berubah, tapi tak kuat. Orang kata dia hipokrit. Orang mengutuk perubahannya kata dia 'buang tabiat'.
Kita hendak berubah pun boleh jadi lemah kalau terus kena bash macam ni. Macamana nak maju. Baru selangkah sudah ada yang tolak kau jatuh. Baru ada niat untuk keluar dari satu keburukan yang kau cuba ubah, sudah ada yang mengutuk perubahan kau tak sempurna.
Ya-Allah, Aku pelik sebenarnya bila ada orang ada fikiran sangat kotor macam ni. Kawan jahat kau kutuk, kawan berubah pun kau kutuk! Apa kau nak sebenarnya?
Ada seorang kakak tu pernah kata,
"Kita jangan hina orang-orang yang seksi, pakai tudung tapi aurat tak sempurna d tutup, dan semua yang tidak baik di mata kita, sebab KITA TIDAK TAHU APA PERJUANGAN DIA UNTUK BERUBAH."
Yes, aku pernah rasa benda ni. Bila kau belajar di sekolah aliran biasa, then sekolah yang ketika itu kurang penekanan agama, malah masyarakat sekeliling lebih ramai bukan seagama, kemudian tiba-tiba kau berubah pakai tudung labuh.
Masa semangat kau nak berubah kearah lebih baik, masa tu kau akan di uji dengan kehadiran 'MEREKA'.
MEREKA yang mengadili seolah kau sedang buat show. MEREKA yang memberi komen menghina bukan membina. Malah MEREKA memandang serong perubahan kau. Masa tu memang rasa nak berhenti dengan perubahan. Sebab tak ada tempat kau nak berpaut sebagai support untuk perubahan kau.
Ingat berubah tu senang? Ubah sehari memang senang, tapi kalau nak istiqamah, bagaimana? sangat susah!
Tapi aku nak nasihatkan korang yang nak berubah.
Tanya dalam hati "Mereka itu siapa, dalam diri kau?"
Ingat. Kau adalah Raja dalam diri kau sendiri, kenapa perlu menerima masuk anasir luar untuk membentuk kerajaan kau sendiri? Kau berubah untuk ke arah kebaikan, lainlah kalau kau berubah kearah sebaliknya.
Kita ni memang tidak sempurna, berubah sebaik mana pun tetap tidak sempurna di mata MEREKA. Jadi untuk apa puaskan hati MEREKA yang tidak ada hati? Selagi niat dan caramu untuk kebaikan, selagi itu teruskan.
Ada masa kita mampu abaikan, ada masa memang kau tidk dapat tepis kesakitan. Sebab kita ada perasaan. yalah, kita kan manusia biasa. Memang Allah cipta kita lemah, tapi kita istimewa.
Namun, jangan juga ego untuk menerima teguran. Apa itu teguran?
Teguran ni, biar dalam bentuk apa pun. Kasar, Lembut, Berhikmah, Sindiran TAPI,
UNTUK PENAMBAHBAIKKAN , ambillah. Upgradekan perubahan semampu kita tapi bukan kerana mereka. KERANA KITA MAHU JADI LEBIH BAIK. Kalau kau berubah kerana orang, tidakkan kemana. Sebab Orang sifatnya sementara. Lebih baik berubah kerana Allah.
Allah sangat sayangkan mereka-mereka yang berusaha untuk meraih CINTANYA.
Kalau masih ada yang menghina perubahan kau, Ingat!
MEREKA BUKAN KITA!
Mereka tidak tahu perjuangan kita bagaimana.
Qawiy!
"Siapa yang tidak sabar menghadapi musim luruh, tidak akan mampu tersenyum menikmati musim bunga." - Ustaz Pharol Juoi
No comments:
Post a Comment