Lelah Menyepi, Izinkan aku lahirkan kata dalam bahasaku tersendiri. Tanpa suara, aku masih punya pena tanpa tinta. Jadi temanku meluah rasa.
Friday, 25 December 2020
Pesan buatmu
Sunday, 13 December 2020
Biasa
Tuesday, 17 November 2020
Kau pinjaman untuk aku.
Sunday, 8 November 2020
Bagi aku...
"Tiada istilah Couple dalam Islam."
Kerana kita tidak kuat, jangan dedahkan diri pada yang melemahkan kita.
Kerana tegakkan sesuatu yang aku percaya, aku di pandang sinis, aku di sindir pedas. Aku tidak kisah, kamu mungkin belum faham.
Bagi aku cinta bukn untuk nafsu, perihal hati bukan bahan experimen, jika serasi teruskan, jika tidak lepaskan.
Aku baru bertatih belajar agama, berbeza dengan kamu sudah terlalu lama. Kalian kuat, aku tidak.
Hati ini maha berbolak balik, mustahil aku mampu bertahan dengan iman yang tipis dan sedikit. Apatah lagi hendak bertahan memenjara nafsu, bukan satu tugas yang mudah.
Manusia dicipta dengan nafsu, boleh jadi kita terjerumus dalam maksiat hati dengan memikirkan mereka yang tidak halal , boleh jadi kita tunduk pada maksiat lidah, dengan panggilan2 mesra yang tidak sewajarnya buat mereka yang tidak halal bagi kita, boleh jadi kita akur pada nafsu hingga sedar tidak sedar nafsu memandu rasa yang kita panggil 'cinta' kepada maksiat.
Aku masih bertatih untuk menjaga, bukan kerana aku tahu agama, tapi kerana kita tidak tahu dan tidak kuatlah, kita elakkan. Doakan yang baik2 agar hati2 yang sedang berusaha untuk berubah terus kuat.
Friday, 6 November 2020
Pengakhiran
Sunday, 1 November 2020
Medsoc
Wednesday, 28 October 2020
RASULULLAH S.A.W
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]
Salam kerinduan buat mu wahai kekasihnya Allah S.W.T.
#Allahumma_Solli_Ala_Sayyidina_Muhammad
Wednesday, 21 October 2020
At my Worst
Tuesday, 20 October 2020
Jentik Hati
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" ( Surah Al-An'am : 32)
Ambil waktu sejenak dalam sepanjang nyawa dipinjamkan untuk jentik hati supaya berdiri di alam realiti. Bezakan yang mana hakiki yang mana pula fantasi.
Jentik hati, biar sakit terasa, sedarkan manusia tidaklah kebal. Jangan terus hanyut dalam lautan dunia, manis yang akhirnya tidak tertanggung dek tubuh, menjadi racun tanpa sedar.
Jentik hati biar terus berpasak pada iman, jangan alpa dengan hiburan. Indah yang melalaikan. Jalan mencari redha tidak dijanjikan lurus tanpa duri, tapi pengakhirannya yang indah sudah pasti. Itu janji Allah Al-Muta'aalii (Yang Maha Tinggi)
Ya Rabbi peliharalh kami dari alpa, dari kejahatan & kejahilan diri kami sendiri..
Monday, 19 October 2020
Aku Kalah
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, seorang lelaki berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Berilah aku wasiat.” Beliau menjawab, “Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulang-ulang permintaannya, (namun) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam (selalu) menjawab, “Janganlah engkau marah.”) (HR. Bukhari) [HR. Bukhari, no. 6116]
Aku dan amarah, sekali lagi aku tewas pada amarah. Api yang membakar diri hamba.
Hendak menunding jari, mencari siapa pesalah, siapa pula punca sedang dasarnya berbalik pada aku..
Aku yang lemah.
Kerana iman yang lemah sekali lagi aku kalah pada amarah. Sesak, aku sakit bila melukakan. Pengakhirnya aku yang parah, rentung dek amarah.
Ya Rahman,
Lindungi aku dari kejahatan diriku sendiri. Sesungguhnya aku yang lemah, aku yang salah.
Sekali lagi, aku kalah.
Sunday, 18 October 2020
Salam Rindu
Allahumma Solli Ala Muhammad ya Rabbi Solli Alaihi Wasalim
Ya Rasulullah,
Ku khabar salam rindu daripada seorang gadis yang berdiri di dunia akhir zaman kini.
Si gadis yang belajar erti merindu dari mu yang merindukkan umat akhir zaman ini tanpa syarat. Allahu Rabbi, layakkah kami ya Rasulullah untuk menerima rindu dari mu..
Ya Rasulallah,
Umatmu yang engkau rindu inilah yang sering angkuh dan lupa, yang penuh khilaf dan dosa. Allahu Rabbi, layakkah kami ya Rasulallah..
Maafkan kami ya Rasulallah, akhlak kami tidak sempurna, kasih kami tidak sehebat para sahabat mu, namu aku tahu, kasihmu pada kami tidak pernah berkurang. Rindu mu pada kami tidak pernah hilang..aku malu.
Jujur aku rindu pada Mu wahai kekasih Allah.
Layakkah ku lafazkan rindu padamu, aku sekadar seorang dari umat mu yang tidak kuat menentang godaan dunia. Lemah, terlalu lemah imannya. Pun begitu, kami masih mengharapkn syafaat mu di akhir nanti.. Maafkan kami ya Rasulallah,
Ya Rasulallah,
Salam rindu dariku, si gadis akhir zaman.
Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad Salallahu alaihi wasalam.
Saturday, 17 October 2020
Dear Me
Dear me,
Remember that you will NEVER regret being kind.
Satu hari nanti, kita akan sedar dunia ini semakin tipis kasih dan ehsan, semakin berat dengan benci juga iri.
Satu hari nanti, mungkin kita juga akan berubah, terhimpit dalam dunia si pembenci, semakin lama semakin serasi.
Selama masih kita terjaga, teruslah wahai jasad, berkasih sesama manusia , bersandarkan DIA yang Maha Esa.
Selagi masih kita terdaya, taburlah kebaikan walau mampu yang sekadarnya, andai itulah pengakhiran nyawa, tidaklah rugi kelak di sana.
Wahai Allah yang Maha Pengasih, sungguh kami yakin pada janji-janjiMu.
"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?" (Ar-Rahman : 60)
Tuesday, 13 October 2020
Kerana Aku Pendosa
Sudah namanya MANUSIA, pastinya aku TIDAK SEMPURNA. Pandang aku serendah-rendah yang mampu supaya nanti kamu tidak kecewa bila nampak KEKURANGAN aku.- PenaCikFie
Sudah aku ingatkan, kelak kamu akan faham. Bila pandangan kamu terlalu tinggi, dengan 1 kesilapan pasti mengubah presepsi.
Hipotesisnya,
Semakin tinggi, semakin sakit bila terhempas.
Allah, jika tidak kerana Mu pasti tidak aku di pandang mulia melainkn KAU sembunyikan aib ku dari pandangan mata mereka.
Kerana itu, pesanku. Jangan dekati aku hanya kerana kau pandang bicaraku berisi agama. Cukup kau tahu aku ini pendosa. Pendosa yang berusaha mengejar syurga.
Tuesday, 26 May 2020
Rasa Malu
[ma.lu] | مالو
Definisi : 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang.
Wednesday, 29 April 2020
Larangan: Jangan
Sunday, 26 April 2020
JANGAN JATUHKAN AKU
Mereka bukan kita
Saturday, 25 April 2020
HIPOKRIT YANG INDAH
Di dalam dunia yang kau cipta,
Kau, dipandang tinggi!
Hebat sebagai faqeh agama,
Hebat dengan nilai muslimah,
Hebat kerana bicara bermadah.
Kau sedar.
Kau bukan sesiapa.
Kau tau nilai mu sebenarnya rendah.
Ilmu yang tidak setinggi yang mereka sangka,
Tidak sealim yang mereka jangka,
Laku yang tidak seindah bicara,
Tidak.
Dunia yang kau cipta itu, biarkanlah.
Kerana aku tahu itu,
Kau cipta kerana itu impian mu,
Impian menjadi seorang yang baik.
Teruskan dengan impian mu,
Teruskan dengan maya yang kau cipta.